Friday, February 18, 2011

Ikan Tenggiri Masak Hijau

Salam Jumaat....harap semuanya sihat2 hendaknya yea...sekejap jek terasa masa berlalu kan...dah hari Jumaat...eemm... Sepatutnya akak masukkan entry ni malam tadi, tapi balik kerja dah masak2 segala, lipat kain, sidai kain dan kemas-kemas dapur, badan terasa "flat" betul laaa...malas terus on9...agaknya dah ke penghujung wiken ni...letih dah kot...tp bila kenang esok wiken rasa sihat jek...hahahaha...Okay meh la layan lauk semalam...akak panaskan tengahari ni leh santap lagik...hehee, then tambah2 sikit lauk...Resepi asal dari dapur Yatie nih...tp tengok Mat masak tukar ayam, jadi merah la pulak...hahahaa.. tu la ko Mat, menderhaka lagik! Ni cuba Yatie tengok, akak masak serupa x dengan Yatie...akak derhaka sikit jek, tukar ke ikan tenggiri, hehehee...Thanks ya Yatie...sedap dan nak C n P je laaa...

IKAN TENGGIRI MASAK HIJAU
Resepi: Yatie@SinarKehidupan

Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan (*akak tukar ikan tenggiri)
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

9 comments:

izahdaut said...

sedapnya lauk cenggini..lapor je perut neh...haii ni ler bahana tengok lauk best best ni..mula la nak ngunyah je..menncikk

anymz said...

singgah rumah ummi pulak ambik lauk ikan..maceh ya.sedaaaap sgt..:)

Yatie said...

Assalammualaikum K.Ummi,
Nmpk mmng menyelerakan lauk akak ni...tq cuba resepi sempoi ni...mmng sedapkan...guna ikan tenggiri lagi sodap ya kak...(Yatie nak guna ikan tenggiri pulaklah....hehehehe..)

Ayu said...

Assalam kak ummi,
memang sedap lauk ikan masak hijau ni, tak kira ikan apa..pasti menjilat jari..

Mas said...

wahh..sedappnya tengok ikan tenggiri masak ijau tu...
makan ngan nasi panas memang sedap kan kak..

Kak Nik Ja said...

lauk goreng2 nih memang kena ngan ikan tengiri..hemm nampak nye kena carik ikan lah dulu!! :))

may said...

Hai Kak Ummi, I, May juga dari Kuantan, May baru jumpa blok kak ummi, suka betul masakan kak, sedapnya ikan tenggiri masak cara ni, May akan cuba nanti, selalu May goreng aje. Boleh May link ke blog May. May juga working mum tapi tak masak selalulah, May akan belajar dari kak ummi, masak tiap-tiap hari, tiada alasan lagi. hahaha..

lena said...

salam kak ummi, nampak sangat menyelerakan!sedap, asam pedas!

fynn said...

ummi..saya dah buat tadi...bertanggung byk hari...neh br berpeluang nk buat...
tapi derhaka la sket huhu