Monday, March 22, 2010

Mee Lidi Goreng Basah

Pagi semalam akak buat paratha telor jek...Pastu tengahari akak goreng mee lidi basah jek....malas tul nak masak beriya2 sebab kepenatan mengemas rumah segala....hari Sabtu dah la seharian xda kat rumah pergi ke Muadzam Shah untuk Mesyuarat Koperasi DARA (ofis lama akak) dan jemputan kenduri, petang baru sampai Kuantan. Balik rumah rehat je lerrr..hehe
Okayy layan la lunch akak dengan Aiman hari minggu semalam....Kebetulan Aiman mmg mintak gorengkan mee lidi ni...Hb pulak xda dari pergi ke pejabat ada kerja urgent nk disiapkan..Petang baru balik...Bahan pun sempoi jek, malas nk pergi kedai...lg pun Aiman ni bkn suka taugeh n sawi..kalu letak pun bolayaannn...jadi akak letak je carot n kobis..hehe
MEE LIDI GORENG BASAH
Bahan:
  • 1 paket mee lidi/mee batang
  • 10 - 12 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 sb cili kisar
  • 1 paket fishball - dibelah 2
  • 4 sb kicap pekat manis
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb sos cili Linghams
  • 1 sb cuka
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb udang kering (direndam dan tumbuk)
  • 1/2 biji kobis - dipotong (*boleh ganti sawi)
  • 1/2 batang carot - dihiris kecil (*boleh ganti taugeh)
  • 2 biji cili merah
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 4 sb. minyak untuk menumis

Bahan taburan/hiasan

  • daun bawang - potong kecil
  • tomato - dihiris
  • limau kasturi - dibelah 2

Cara Memasak:

  1. Dalam periuk, masak air hingga mendidih dan masukkan mee lidi dan masak hingga mee lembut. Tapi jangan terlalu lembik. Tuangkan dalam tapisan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar. Kacau hingga cili masak/naik minyak.
  3. Masukkan semua sos dan kicap. Perlahankan api dan kacau sebentar.
  4. Masukkan fishball dan udang, kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sayuran dan kemudian masukkan mee lidi. Masukkan cili merah dan kacau hingga semua bahan sebati dengan mee.
  6. Angkat dan hidangkan. Lengkapkan dengan bahan tabur/hiasan.

2 comments:

TREAT AND TRICK said...

Salam Ummi, sedap nampak mi lidi itu, kak pun buat macam ini juga tapi tak letak cuka....

http://treatntrick.blogspot.com

CT Delima said...

salam k.ummi...lama sangat ct x singgah dan jalan2 kesini. maaf ler bukan x nak datang.tp CM dok ada kat rumah tu yang x leh nak duk depan lappy lelama hehehe.

Mee grg apa pun semestinya sedap. x kiralah yang penting k.ummi memang rajin memasak kan :)