Saturday, May 9, 2009

Ikan Masak Mangga

Menu malam kelmarin ni sebelum hubby pergi ke Tioman lepas Subuh Jumaat kelmarin. Pastu balik kerja hari Jumaat tu duk bz wat caramel lapis coklat tempahan dari kawan Najiha untuk ibunya sempena Hari Ibu. Pastu kul 11 pagi tadi ke Muadzam Shah untuk satu majlis perkahwinan anak jiran lama sebelah rumah masa Ummi duk Muadzam dulu. Hubby xda, so Ummi menumpang kawan je laa..kul 4 petang baru sampai rumah..penatnyaa..panas cuaca hari ni..Memang malas nak drive sendiri hari ni, sebab pagi esok (Ahad) Ummi akan drive ke Segamat dan melalui jalan yang sama nak ambil Najwa yang akan balik bercuti..banyak barang nak kena angkut tuh...

Ok la, layan menu ni dulu....Resepi dari kawan@MyR dan memang best!!

Bahan:-
  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung jagung (*ummi guna kerisi jek)
  • 2 biji mangga muda - dihiris halus dan panjang2
  • 4 biji cili api = dihiris
  • 3 biji cili merah - dihiris nipis
  • 2 tangkai daunketumbar
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan
Cara Memasak:-
  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.
  2. Kemudian masak di atas api yang kecil biar sehingga ia mendidih.
  3. Padam api dapur, masukkan bawang merah, cili api, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Gaul hingga rata.
  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris tadi di atas ikan.
  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan.

No comments: