Monday, January 5, 2009

Pandan Chiffon Cake

Ok meh layan kek chiffon ni Ummi buat 3 hari lepas dah...jadi kek coklat abanglong kat bawah tu post later eh..Ikut turn k..hehe...resepi ni Ummi ceduk dari dapur Mamafami...ramai dah yang buat..Ummi je baru nak buat..apapun..memang "world"!! Ni lah kek yang paling cepat habis selain dari kek coklat yang biasa Ummi buat.
Bahan A:-
  • 5 kuning telor (size A)
  • 60 gm minyak masak/minyak jagung
  • 70 gm santan fresh/santan kotak
  • 80 gm tepung kek
  • 1/2 sudu besar jus daun pandan (Ummi guna pes pandan je)
  • 1/4 sudu kecil pes pandan (Ummi guna pewarna hijau)

Bahan B:-

  • 5 putih telor (size A)
  • 110 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil Cream of Tartar powder


Cara Membuat:-

  1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul hingga sebati.
  2. Pukul putih telor hingga kental, kemudian masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Kaup balikkan bahan B ke dalam bahan A perlahan-lahan dan cermat. Jangan sampai bancuhan menjadi berat dan mendap.
  4. Tuangkan ke dalam loyang chiffon bersaiz 25 cm tanpa digris. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175 C (Ummi set 165 C) selama 45 - 50 minit/hingga masak.
  5. Selepas loyang dikeluarkan dari oven, terbalikkan dan biarkan sejuk sebelum kek dikeluarkan dari loyang untuk dipotong.

1 comment:

MyLilBundle said...

salam ummi..
pekabar?? sihat ker anak2 sume?? heeee patutlaaa anak2 cerdik pandai sbb ummi dia ari2 bg mkn sedap2...ikshhh bertuah betui! ummi bestnyer nampak chiffon pandan ni...kek ni bila mkn mcm mkn kapas...sekali hadap pun buleh licin