Tuesday, January 20, 2009

Ikan Masak Beriani

Lauk malam tadi sebenarnya, x sempat nak posting awal hari ni...Resepi ceduk dari resepi.mesra.net...Sempoi je nak masak ni...tu la yang Ummi suka..hehe, janji semua dalam rumah ni kenyang..Najiha kata sedap dan patutlah masa masak dia bau ala-ala beriani..igt Ummi masak nasi beriani ke apa ke..hehe..rupanya ikan beriani..cuma ikannya ummi tukar bawal dan masak half dari bahan asal. Ni resepi asal ya.


Bahan:-
  • 1 ekor ikan tenggiri (ummi tukar bawal)
  • 5 biji tomato - belah 4 setiap satu
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar rempah ikan
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 3 biji bawang besari - dihiris dan digoreng kekuningan
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:-

  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau (ummi guna cili merah semua)

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Kacau sebentar.
  3. Masukkan tomato, rempah ikan, rempah beriani dan air.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bawang goreng dan masak sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata. Angkat untuk dihidangkan.

2 comments:

Mus_Astley said...

Wahh..
Kalau bab masak nih, kak ummi lah terror ya..?? Pakar. Nanti kalau reunion DSS, saya nak buat pertandingan memasak.. tapi kak ummi tokleh ambik bahagian; tapi jadi juri sahaja.. boleh?

Anonymous said...

Hisshh..Mus ni ada2 je..Akak bkn pakar, tlg masak n try je resepi2 pelik laa..Akak x moh jadi juri, nnt duk test sume masakan, akak yg gumuuukkk...huhuuuu..Nak jd penjaga masa jek! hehe..