Tuesday, July 22, 2008

French Loaf Coffee Pudding

Rasanya lama sangat dah x wat puding kat rumah ni..asyik2 kek n roti jek..Emm musim panas2 ni..tekak pun perit je..meh layan puding ni!! Best..rasa roti Perancis yang berkerak tepi gitu, bila dah jadi puding ni rasa cam caramel lak bila dicelup dengan kopi...This one, memang best!! Resepi dari majalah SAJI. Ayuh tengok bahan dia..senang jek nak buat pun!
Bahan-bahan:-
1 batang roti Peranchis (potong setebal 2cm)
1liter air kopi tanpa gula
200 gm coklat putih - potong kecil2
100 gm kismis
100 gm gula perang (*ummi guna gula kastor je)
1/2 liter whipping cream

Bahan Kuah Kastad:-
1 liter susu segar penuh krim (* ummi guna fresh milk)
Esen vanila
2 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula pasir

Cara Menyediakan:-
PUDING:-
Rendam roti dalam air kopi sebentar saja. Susun roti dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan alluminium foil (*kerana pudding ni agak susah diterbalikkan nanti). Taburkan sebahagian gula, coklat putih dan kismis. Ratakan. Susun sebahagian roti lagi diatasnya. Buat seberapa banyak lapisan yang boleh dan bahagi2kan gula, coklat dan kismis untuk setiap lapisan. (*ummi wat dua lapisan je). Tapi bahagian atasnya mestilah diakhiri dengan roti. Tuangkan whipping cream rata-rata. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 45 minit (*tgk oven gak..ummi set 180C selama 40 minit je). Hidangkan bersama kuah kastad tadi.

KUAH KASTAD:
Satukan semua bahan dan didihkan atas api yang kecil sehingga agak likat. Angkat dan tuangkan ke atas puding. Masukkan dlm fridge...sedap dimakan sejuk2 nih!

No comments: