Thursday, April 10, 2008

Swiss Roll Batik


Kat rumah ni xleh kering langsung makanan sampingan cam gini..kalu xda kek, ciskek or muffin x sah..hb dan anak2 suka mengudap di waktu senggang antara waktu makan...ish ish..So ummi buat swiss roll batik ni malam kelmarin, tp baru ni sempat posting..Resepi Mak Lang Azie..sedap n gebu lembut gitu..nak buatpun senang, cuma ummi tukar jem je..


Bahan:-
6 biji telor gred A @ B (*ummi guna gred B je)
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalllet
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega cair
sedikit coklat emulco
Jem strawberry secukupnya (*ummi guna blueberry)

Cara Menyedia:-
Telor, gula, ovallete, baking powder, esen vanila, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7 minit). Masukkan mentega cair, kacau rata-rata. Asingkan sedikit 1 1/4 cawan adunan (ummi asing 1 cawan je) ke dalam bekas lain, masukkan coklat emulco, kacau rata-rata dan masukkan adunan ke dalam piping beg. Ketepikan. Kemudian tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang yang telah digris dan diletak baking sheet, ratakan adunan. Paipkan adunan coklat tadi memanjang dengan jarak 1 1/2 in di atas adunan yang diratakan dalam loyang. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari atas dan ke bawah. Bakar dalam oven selama 20 mint dengan suhu 170C. Apabila kek sudah masak dan benar2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping baking sheet lain, sapukan jem rata dan gulung perlahan sehingga kemas. Siap. Potong semasa menghidang.

3 comments:

Mus_Astley said...

Aii... so, masa jumpa rumah Roliza nanti boleh lah bawak Swiss Roll Batik ni ya mak datin..??

Yummy... sedapnyaa.

Ummi said...

Mus, insyaAllah kalu berkesempatan, kak ummi buat..k. Hehe..tekak ko memang handal la Mus..ada je yg nk menyeksa akak ni yaaa...

Anonymous said...

K.ummipun dah cuba swiss roll ni, cantik jadinya. saya dah copy resepinya tak tahu bila nak buat.