Friday, April 4, 2008

Ayam Paprik

Resepi dari Hanieliza...kerana simple, cepat dan sedap, ummi mmg suka...my kids wat meratah lg..

Bahan:- (dipotong kecil)
300 gm isi ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm bunga kobis
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan Sos:-
2 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai - ketuk (*ummi letak 2 btg)
3 biji limau kasturi (perah jus)
5 biji cili padi - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayuran lain. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Tutup api.

No comments: