Tuesday, January 15, 2008

Donut CMG

Donut lagi??? Donut memang antara favourite my eldest son, dia nk bawak bekal ke sekolah..antara bnyk2 donut, rasanya ni lah yang paling gebuuu kerana tuan punya resepi pun sapa lah x kenal kegebuannya...hehe...(*mesti lepas ni kena baling tudung periuk dengan mat..ampuun ek =D, akak promo ni mat)..nnt nak buat lagi laah..bukan je gebu, sedaaapp!!

Bahan:-
280 ml air
300 gm tepung roti
200 gm tepung gandum
10 gm garam
60 gm gula halus
20 gm susu tepung
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telor
50 gm lemak sayur (shortening)

Bahan hiasan:-
Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/cream custard

Cara Membuat:-
Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan pula lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam bekas dan biar 1 jam (hingga naik sekali ganda).

Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah ditabur sedikit tepung. (*ummi bulat2kan sahaja). Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi. Goreng donut dalam minyak sederhana panas. (*jangan masukkan terlalu banyak donut, cukup sekadar 4/5 biji sekali goreng untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak). Bila kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Salutlah dengan hiasan diatas. (*ummi suka golek dengan icing sugar je)

No comments: